Saturday, January 16, 2010

Cinta Kau dan Aku - Siti Rosmizah





Tajuk : Cinta Kau dan Aku
Pengarang : Siti Rosmizah
Penerbit : Buku Prima Sdn Bhd


Sinopsis Belakang Buku:-

"Apa, jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatan driver pun kau terima? Dah-dah, balik kampung aje. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat kau tu jantan ke nak jadi driver", marah Mak Timah.

"Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikann awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima saya?" Soal Farish Hakimi dengan wajah serius.

"Sayang, dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang."

Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya. Tidak, dia tidak perlu untuk mendengar suara itu lagi. Bukankah suara itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah meragut kepercayaannya?

Komen Saya:-

Selepas membaca buku hasil pertama Siti Rosmizah, keluar sahaja buku kedua beliau saya tidak berfikir panjang dan terus membeli.  Iye impak buku pertama memberi pengaruh besar kepada saya untuk terus membaca karya beliau.  Cinta Kau dan Aku berlainan sikit penceritaannya,  Andai Itu Takdirnyer membuatkan kita menangis, tapi Cinta Kau dan Aku ada sedikit komedi yang terselit. 

Namun begitu, tetap ada slot atau babak yang boleh meruntun jiwa.  Yang boleh menyebabkan airmata saya turut mengalir.  Malangnya 'kick'  yang saya rasakan pada novel pertama beliau tidak saya rasakan pada novel kedua beliau ini.  Tapi novel ini tetap tidak menghampakan ianya masih boleh diterima dan saya masih boleh membaca novel ini berulang kali. Duit anda tetap berbaloi

Andai Itu Takdirnya - Siti Rosmizah




Tajuk : Andai Itu Takdirnya
Pengarang : Siti Rosmizah
Penerbit : Buku Prima Sdn Bhd
 

Sinopsis Belakang Buku:-

"Jangan salah faham Puan Sri. Kemaafan yang diberi tidak akan sama sekali menjadikan saya lupa pada kedudukan diri saya ini. Saya tak boleh membuang pangkat itu ketepi kerana kesalahan yang pernah dibuat kepada saya."


"Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah menjadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan mengandung mereka tanpa suami disisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling."

Andai itu takdir-Nya, dia menempuhinya dengan tabah dan sabar. Apa yang penting sekarang adalah kebahagiaan anaknya, Dania. Sekurang-kurangnya, bila Aleya menutup mata, kehidupan Dania akan terbela.

"Selama aku meniti liku-liku kehidupan yang penuh dengan onak dan duri ini, aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdir-Nya sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu untuk bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil."


Komen Saya:- 

Highly recommended, sila sediakan tisu banyak-banyak seandainya anda membaca buku ini.  Buku yang sangat-sangat meruntun jiwa.  Lengkap perencahnya.  Saya tidur pukul 2 pagi semata-mata untuk menghabiskan buku ini.  Iyer saya menangis tersedu-sedu bila membaca cerita ini.  Karya pertama Siti Rosmizah ini memang tidak menghampakan.  Duit anda pasti berbaloi jika anda membeli buku ini. Berulang-ulang kali membaca buku ini pun tidak membuat saya merasa jemu, berulang-ulang kali saya membaca buku ini masih berjaya membuatkan airmata saya tetap mengalir...oh amat sensitif jiwa saya rupanya....