Thursday, February 18, 2010

Selagi Ada Dia - Aisya Sofea


Tajuk: Selagi Ada Dia
Pengaran : Aisya Sofea
Terbitan : Alaf 21 Sdn. Bhd


Sinopsis belakang buku:

Pertemuan tanpa dirancang telah membuka pintu hati Arianni untuk mengenal erti cinta. Apatah lagi, lelaki itu berjanji menjadikan dia sebahagian hidupnya, berjanji bahawa segalanya mampu ditangani dan berjanji akan mempertahankan cinta mereka.

Namun, kasih yang disulam, janji yang dimaterai terlerai akhirnya bila terbongkar satu rahsia yang tidak terduga. Sebagai wanita bermaruah, Arianni nekad menoktahkan segala impian. Cinta pertamanya harus dibuang jauh daripada kotak ingatan. Lelaki itu bukan untuknya.

Tahun berlalu... hadirlah lelaki baru dalam hidupnya. Sayangnya, pintu hati dia masih tertutup rapat. Rasa terluka itu masih ada. Baginya, cinta kedua tidak membawa sebarang makna; tiada keikhlasan, tiada kejujuran. Lalu bagaimana? Selama manakah lagi harus dia tunggu untuk mengecap nikmat kebahagiaan? Terlalu memilihkah dia?

Komen Saya:

Saya kurang merasa 'kick' bila membaca buku ini.  Ini hanya pendapat peribadi, jalan penceritaan yang biasa bagi saya.  Namun hero yang diterjemahkan oleh Aisya Sofeya pada novel kali ini adalah lelaki yang berusia.  Masih tetap romantik seperti hero-hero dalam novel-novel yang lain. 

Namun saya masih mampu untuk membaca novel ini dua kali.  Kita masih boleh lihat sudut lain Ari, yang sanggup balik dari perantauan semata-mata ingin menemankan ibunya yang semakin dipanjat usia demi menjaga ayahnya yang seolah-olah 'nyanyuk', dan bagaimana Ari menghadapi kakaknya yang bermusuh kerana Ari 'merampas' kekasih hati nya suatu waktu dulu. Dan bagaimana menyampahnya saya membaca kepada bekas kekasih Ari yang tidak menjadi 'lelaki' demi mempertahankan hubungan mereka.

Untuk halwa mata dan minda... cerita ini ok ok bagi saya.

Jaja & Din


Tajuk: Jaja & Din
Penulis : Noor Suraya
Penerbit : Jemari Seni

Sinopsis:-

Kisah seorang Jaja yang jatuh cinta pada seorang Din hanya dari sekeping gambar, yang membawa Jaja mencari dan meneroka di mana Din, dan akhirnya membawa Jaja meminta pertolongan kedua ibu bapanya dalam menyampaikan rasa hati ingin mendirikan rumahtangga dengan Din.

Okey simple sinopsis sebab saya tak jumpa sinopsis belakang bukunya.

Komen Saya:-

Ini pertama kali saya membaca novel karya Noor Suraya.  Itupun setelah saya membaca review yang sangat bagus tentang novel Jaja & Din nieh.  Membaca novel ini seolah-olah saya membaca diary seorang Jaja.  Bahasa yang sangat santai yang kadang-kadang menggeletek hati saya sehinggakan membuatkan saya tersenyum sendiri di dalam LRT ataupun Komuter dan kadang-kala di tegur oleh anak dara saya kenapa saya ketawa seorang diri.

Penterjemahan cerita yang sangat santai.  Macam mana seorang Jaja sanggup mencari Din dengan alasan untuk membuat bayaran bagi satu iklan bagaimana dalam diam rupanya Din juga ada 'rasa' pada Jaja.  Olahan yang sangat menarik.  Dan Noor Suraya menyuntik elemen agama dalam novel ini. Iyelah dah Din tue Ustaz seharusnya elemen agama itu tidak dapat lari.  Bagaiman Din mendidik Jaja yang culas dalam mengerjakan tuntutan agama.  Sweet....iyer sangat sweet, ada juga romantiknya si Din nieh walaupun dia seorang Ustaz. Bagaiman Din sanggup makan Nasi Ulam yang ulamnya di racik Jaja dengan bersungguh-sungguh memang meninggalkan kesan romantik pada saya. 

Bacalah, memang saya recommend, alami perasaan seorang Jaja yang berambut perang lurus macam pembaris jatuh cinta pada seorang Ustaz Din sehingga memaksa dirinya untuk meminang Ustaz Din.

Saturday, January 16, 2010

Cinta Kau dan Aku - Siti Rosmizah





Tajuk : Cinta Kau dan Aku
Pengarang : Siti Rosmizah
Penerbit : Buku Prima Sdn Bhd


Sinopsis Belakang Buku:-

"Apa, jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatan driver pun kau terima? Dah-dah, balik kampung aje. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat kau tu jantan ke nak jadi driver", marah Mak Timah.

"Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikann awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima saya?" Soal Farish Hakimi dengan wajah serius.

"Sayang, dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang."

Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya. Tidak, dia tidak perlu untuk mendengar suara itu lagi. Bukankah suara itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah meragut kepercayaannya?

Komen Saya:-

Selepas membaca buku hasil pertama Siti Rosmizah, keluar sahaja buku kedua beliau saya tidak berfikir panjang dan terus membeli.  Iye impak buku pertama memberi pengaruh besar kepada saya untuk terus membaca karya beliau.  Cinta Kau dan Aku berlainan sikit penceritaannya,  Andai Itu Takdirnyer membuatkan kita menangis, tapi Cinta Kau dan Aku ada sedikit komedi yang terselit. 

Namun begitu, tetap ada slot atau babak yang boleh meruntun jiwa.  Yang boleh menyebabkan airmata saya turut mengalir.  Malangnya 'kick'  yang saya rasakan pada novel pertama beliau tidak saya rasakan pada novel kedua beliau ini.  Tapi novel ini tetap tidak menghampakan ianya masih boleh diterima dan saya masih boleh membaca novel ini berulang kali. Duit anda tetap berbaloi

Andai Itu Takdirnya - Siti Rosmizah




Tajuk : Andai Itu Takdirnya
Pengarang : Siti Rosmizah
Penerbit : Buku Prima Sdn Bhd
 

Sinopsis Belakang Buku:-

"Jangan salah faham Puan Sri. Kemaafan yang diberi tidak akan sama sekali menjadikan saya lupa pada kedudukan diri saya ini. Saya tak boleh membuang pangkat itu ketepi kerana kesalahan yang pernah dibuat kepada saya."


"Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah menjadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan mengandung mereka tanpa suami disisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling."

Andai itu takdir-Nya, dia menempuhinya dengan tabah dan sabar. Apa yang penting sekarang adalah kebahagiaan anaknya, Dania. Sekurang-kurangnya, bila Aleya menutup mata, kehidupan Dania akan terbela.

"Selama aku meniti liku-liku kehidupan yang penuh dengan onak dan duri ini, aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdir-Nya sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu untuk bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil."


Komen Saya:- 

Highly recommended, sila sediakan tisu banyak-banyak seandainya anda membaca buku ini.  Buku yang sangat-sangat meruntun jiwa.  Lengkap perencahnya.  Saya tidur pukul 2 pagi semata-mata untuk menghabiskan buku ini.  Iyer saya menangis tersedu-sedu bila membaca cerita ini.  Karya pertama Siti Rosmizah ini memang tidak menghampakan.  Duit anda pasti berbaloi jika anda membeli buku ini. Berulang-ulang kali membaca buku ini pun tidak membuat saya merasa jemu, berulang-ulang kali saya membaca buku ini masih berjaya membuatkan airmata saya tetap mengalir...oh amat sensitif jiwa saya rupanya....