Thursday, February 18, 2010

Selagi Ada Dia - Aisya Sofea


Tajuk: Selagi Ada Dia
Pengaran : Aisya Sofea
Terbitan : Alaf 21 Sdn. Bhd


Sinopsis belakang buku:

Pertemuan tanpa dirancang telah membuka pintu hati Arianni untuk mengenal erti cinta. Apatah lagi, lelaki itu berjanji menjadikan dia sebahagian hidupnya, berjanji bahawa segalanya mampu ditangani dan berjanji akan mempertahankan cinta mereka.

Namun, kasih yang disulam, janji yang dimaterai terlerai akhirnya bila terbongkar satu rahsia yang tidak terduga. Sebagai wanita bermaruah, Arianni nekad menoktahkan segala impian. Cinta pertamanya harus dibuang jauh daripada kotak ingatan. Lelaki itu bukan untuknya.

Tahun berlalu... hadirlah lelaki baru dalam hidupnya. Sayangnya, pintu hati dia masih tertutup rapat. Rasa terluka itu masih ada. Baginya, cinta kedua tidak membawa sebarang makna; tiada keikhlasan, tiada kejujuran. Lalu bagaimana? Selama manakah lagi harus dia tunggu untuk mengecap nikmat kebahagiaan? Terlalu memilihkah dia?

Komen Saya:

Saya kurang merasa 'kick' bila membaca buku ini.  Ini hanya pendapat peribadi, jalan penceritaan yang biasa bagi saya.  Namun hero yang diterjemahkan oleh Aisya Sofeya pada novel kali ini adalah lelaki yang berusia.  Masih tetap romantik seperti hero-hero dalam novel-novel yang lain. 

Namun saya masih mampu untuk membaca novel ini dua kali.  Kita masih boleh lihat sudut lain Ari, yang sanggup balik dari perantauan semata-mata ingin menemankan ibunya yang semakin dipanjat usia demi menjaga ayahnya yang seolah-olah 'nyanyuk', dan bagaimana Ari menghadapi kakaknya yang bermusuh kerana Ari 'merampas' kekasih hati nya suatu waktu dulu. Dan bagaimana menyampahnya saya membaca kepada bekas kekasih Ari yang tidak menjadi 'lelaki' demi mempertahankan hubungan mereka.

Untuk halwa mata dan minda... cerita ini ok ok bagi saya.

No comments:

Post a Comment