Saturday, January 16, 2010

Cinta Kau dan Aku - Siti Rosmizah





Tajuk : Cinta Kau dan Aku
Pengarang : Siti Rosmizah
Penerbit : Buku Prima Sdn Bhd


Sinopsis Belakang Buku:-

"Apa, jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatan driver pun kau terima? Dah-dah, balik kampung aje. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat kau tu jantan ke nak jadi driver", marah Mak Timah.

"Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikann awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima saya?" Soal Farish Hakimi dengan wajah serius.

"Sayang, dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang."

Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya. Tidak, dia tidak perlu untuk mendengar suara itu lagi. Bukankah suara itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah meragut kepercayaannya?

Komen Saya:-

Selepas membaca buku hasil pertama Siti Rosmizah, keluar sahaja buku kedua beliau saya tidak berfikir panjang dan terus membeli.  Iye impak buku pertama memberi pengaruh besar kepada saya untuk terus membaca karya beliau.  Cinta Kau dan Aku berlainan sikit penceritaannya,  Andai Itu Takdirnyer membuatkan kita menangis, tapi Cinta Kau dan Aku ada sedikit komedi yang terselit. 

Namun begitu, tetap ada slot atau babak yang boleh meruntun jiwa.  Yang boleh menyebabkan airmata saya turut mengalir.  Malangnya 'kick'  yang saya rasakan pada novel pertama beliau tidak saya rasakan pada novel kedua beliau ini.  Tapi novel ini tetap tidak menghampakan ianya masih boleh diterima dan saya masih boleh membaca novel ini berulang kali. Duit anda tetap berbaloi

No comments:

Post a Comment